Kita Cuma Kawan, Kan? For Cheap

Description
Tajuk: Kita
Cuma Kawan, Kan?
Blurb
“Suara
penyanyi ni macam itik tercekik, encik.”
“Awak kata
suara saya macam itik tercekik?”
***
Yulia – kelam-kabut, tapi sibuk mahu menjadi
hero untuk semua orang. Sanggup tinggalkan cita-cita dan memandu e-hailing
demi menyara ibu dan adiknya — sebab dia saja boleh diharap.
Adam – penyanyi popular kontroversi yang lebih
suka menyendiri; takut mahu rapat dengan orang. Kan lebih senang mencintai dari
jauh? Tiada siapa kecewa.
Dunia mereka bertembung apabila Adam menjadi
penumpang kereta Yulia. Namun telefon Adam tercicir dan hilang. Yulia yang
masih cuba menjadi hero tak pasal-pasal pergi mencari sampai ke celah longkang.
Saat itu, barulah Yulia tersedar penyanyi yang
dikutuk sebelum ini ialah Adam!
“Kalau awak pandai sangat bab muzik, awak
takkan komen suara saya macam tu.”
Yulia cuba mengambil hati. Namun pantang
bertemu, pasti Adam cari pasal. Semakin lama kenal, diam-diam, ada perasaan
asing berputik dalam hati.
Yulia keliru. Adam takut berharap. Soalnya,
adakah ia sesuatu yang pasti atau hanya mainan perasaan? Ini cinta, atau
sekadar kawan?
Additional Information
Title | Default Title |
---|