Manusia Berjiwa Koyak on Sale

Description
Penatnya nak berdepan ujian dan cabaran setiap hari. Cubalah lari sejauh mana, tetap masalah akan mengekori kita. Saat kita cuba menyembuhkan diri daripada luka lama dan trauma, ada sahaja yang membuatkan kita teringat kembali dengan kisah lama.
Berupaya kita cuba bertahan, namun ada sahaja hal-hal yang membuatkan emosi kita kembali kacau. Kadangkala, cemburu melihat ada yang mampu mengharungi dengan tenangkan?
Kita tertanya-tanya mengapa kita ini mudah kecundang hingga tertekan berpanjangan?
 Adakah respons kita sahaja berlebihan?
Setiap antara kita memberi respons terhadap masalah dengan cara yang berbeza. Mereka yang kelihatan tenang bukan kerana tidak ada masalah tetapi mereka tahu mengendalikan emosi, pemikiran dan tingkah laku dengan baik. Inilah yang dinamakan sebagai kemahiran daya tindak.
Additional Information
Title | Default Title |
---|